BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Murid-muridku



Anak-anak pelajar sedang tekun menjawab soalan ulangkaji...buat jangan tak buat...kerana kamu semua mempunyai potensi untuk berjaya, yang tinggal lagi hanyalah usaha dan terus berusaha. InsyaAllah..

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Komunikasi

- Hubungi pembekal / pelanggan
secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)
- Sampaikan maklumat / pesanan
- Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
- Urusniaga cepat
melalui teleks , telefon
- Agihan tepat pada masanya
- Memudahkan promosi
meningkatkan jualan / untung
- Luaskan pasaran
- Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
- Kurangkan risiko kerugian / kerosakan

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Promosi

- Perkenalkan barang
- Beri maklumat
pengguna mudah pilih
- Wujudkan permintaan
pujuk pengguna beli
- Tingkatkan daya saing
- Didik orang ramai guna barang
- Tingkatkan jualan / untung
- Tingkatkan imej barang / syarikat
- Meluaskan pasaran

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Pergudangan

- Pengeluaran besar-besaran berterusan
- Simpan bekalan berlebihan
bekalan berterusan
- Selaraskan permintaan dan penawaran
stabilkan harga
- Kerja akhir dapat dilakukan
seperti menimbang, membungkus.
- Penyetoran sejuk elakkan barang rosak
seperti daging, buahan
- Lindungi risiko kecurian / selamat
- Sedia tempat pamer barang
boleh periksa barang sebelum beli
dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
- Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Pengangkutan
- Bawa barang
dari tempat lebih ke tempat kurang
selaras permintaan dan penawaran
stabilkan harga
- Edar barang ke merata dunia
pasaran lebih luas
pilihan pengguna banyak
- Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
- Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
- Elakkan pembaziran
- Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
- Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
- Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
- Galakkan penyebaran sains dan teknologi
- Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Insurans

- Beri perlindungan
daripada risiko yang boleh diinsuranskan
seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
- Bayar premium
dapat gantirugi
dapat memulihkan kepada kedudukan asal
- Berniaga lebih yakin
berani kembang perniagaan
- Wujudkan peluang perniagaan
- Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Bank

- Ada kemudahan pembayaran
seperti cek, pindahan kredit
- Ada kemudahan simpan wang
seperti akaun simpanan, akaun semasa
- Beri modal
melalui pinjaman / overdraf
- Beri khidmat nasihat
- Lain-lain perkhidmatan seperti:
• pertukaran matawang asing
• cek kembara
• peti simpanan selamat

PERDAGANGAN

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan

PERDAGANGAN
1. merupakan cabang pengeluaran
2. agih barang
3. tujuan agih barang
4. daripada perniagaan dan bantuan perniagaan

PERNIAGAAN
1. merupakan cabang perdagangan

2. beli dan jual barang
3. tujuan dapat untung
4. terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

PENGKHUSUSAN

• Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
• Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

JENIS PENGKHUSUSAN

1. Pengkhususan mengikut profesion
• Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll

2. Pengkhususan mengikut proses
• Pembahagian kerja dikilang
• Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
• Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll

3. Pengkhususan mengikut kawasan
• Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
• Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang

4. Pengkhususan antarabangsa
• Perbezaan pengeluaran antara negara
• Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

SISTEM BARTER

• Aktiviti barang tukar dengan barang
• Tidak gunakan wang atau orang tengah

MASALAH SISTEM BARTER

• Sukar mendapatkan kemahuan serentak
• Sukar tetapkan nilai barang
• Sukar tetapkan kadar pertukaran
• Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
• Barang tidak tahan lama
• Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN

USAHAWAN
• Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
• Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
• Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas.

PENIAGA
• Menjalankan aktiviti jual beli sahaja
• Matlamat untuk untung sahaja
• Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja

Usahawan

Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi megeluarkan barangan.

CIRI USAHAWAN:

1. Kreatif – berupaya mencipta
2. Inovatif – boleh mengubah suai
3. Berani menghadapi risiko
4. Berkebolehan mengurus
5. Rajin
6. Yakin
7. Tabah
8. Bertanggung jawab
9. Berpandangan jauh
10. Bijak merebut peluang

Pengeluaran

JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran Langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
• Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
• Perdagangan
• Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
• Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
• Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
• Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
• Modal – Harta benda,sumber kewangan

BAB 1

NILAI FAEDAH
• Nilai Faedah Bentuk
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
• Nilai Faedah Masa
- Menyimpan barang hingga diperlukan
• Nilai Faedah Milikan
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
• Nilai Faedah Tempat
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

KEPERLUAN
•Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
•Sama untuk semua orang
•Tuntutan semulajadi
•Mudah dipuaskan
•Mengikut peringkat -Maslow

KEHENDAK
•Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
•Berbeza ikut taraf hidup
•Dari pengalaman
•Tidak terhad
•Tiada keutamaan

BAB 1 : Asas Kepada Perdagangan


KEPERLUAN
PERKARA YANG PERLU ADA UNTUK MANUSIA TERUS HIDUP

KEHENDAK
PERKARA YANG MENJADIKAN KEHIDUPAN MANUSIA LEBIH SELESA

Happy Birthday kepada semua pelajar yang menyambutnya pada bulan April